Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

cahayamata permata hati...


semua ibu bapa akan gelisah resah bila anak-anak menginjak ke usia remaja, tidak kiralah samada anak itu lelaki ataupun perempun.

Aku juga akan melalui semua itu, malahan kini sedikit demi sedikit telah pun melalui samada dalam sedar atau tidak. Berbagai ragam dan cerita yang kudengar dari rakan-rakan sekerja yg telah melalui pahit getir suka duka dalam menghadapi karenah remaja kini.

Aku cuma berharap agar diberikan kekuatan, ketabahan serta keimanan yang kuat agar aku dapat terus mebimbing anak-anakku kejalan yang diredhai NYA.. Sesungguhnya apa yang baik datang dariNYA yang Maha Esa manakal yang adalah dari diri ini sendiri, sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa.

Pintaku pada anak-anakku, jadilah kalian anak-anak yang berbakti kepada ibubapamu dan jadilah anak-anak yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH (s.w.t). Insyaallah hidup kalian pasti didalam rahmat dan keberkatan NYA..  

DOA PELEMBUT HATI


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 Maksud ayat:-200 .


Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.


Bacaan dalam huruf rumi:-


1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)


Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".


Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
 (Ayat 30-31 Surah AnNaml)


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.